Oleh Muhammad Saufi Hassan
Menurutnya, suasana yang aman dalam rantau ini berjaya menarik pelaburan asing bukan saja memberi manfaat kepada Malaysia tetapi juga kepada megara-negara anggota ASEAN sekali gus mewujudkan satu rantau yang makmur dan teguh.
“Institusi yang diterajui ASEAN seperti Sidang Kemuncak Asia Timur boleh menerokai kaedah baru bagi menggalakkan kerjasama serantau terutamanya dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) apabila terjadinya satu malapetaka seperti tragedi kehilangan pesawat MH370.
“Pada tahun ini, Malaysia dan dunia bersedih terhadap apa yang terjadi kepada pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dan MH370, namun kita (Malaysia) bersyukur apabila mendapat sokongan penuh daripada negara anggota ASEAN yang menghulurkan bantuan ketika Malaysia dilanda tragedi berkenaan,” katanya ketika memberi ucapan perasmian Festival Makanan dan Kebudayaan ASEAN dan Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Belia Malaysia (MBM), di sini, hari ini.