Malam Pertukaran MOU Universiti Malaysia Pahang Dan Majlis Belia Malaysia bersempena Majlis Penghargaan Dan Malam Gemilang UMP Advanced Education telah berlangsung dengan jayanya pada 29 April 2016 bertempat di Hibiscus Grand Ballroom Swiss Garden Resort, Kuantan pada pukul 8.00 malam. MBM dihadiri oleh Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi, Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan dan Exco MBM Sdr. Hasnul Haniff.
Majlis tersebut bermula dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UAE dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMP. Seterusnya adalah Majlis Penyerahan MOU Bersama Fakulti (FIM & FKP) dan MBM (Majlis pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara UMP dan MBM). Majlis Serahan Mock Cheque – Serahan Tajaan Program CSI kepada JHEPA, PIMPIN dan PNC, PTMK (Projek e-PSH), Serahan Tajaan Research (FIM) dan Serahan Sumbangan Keuntungan (UMP). Majlis Penghargaan kepada Rakan Kerjasama MBE (Rakan Kerjasama), WAP (Rakan Kerjasama) dan ECERDC (Rakan Pembiaya).
Akhir sekali Majlis Makan Malam dan Sesi Bergambar….