Kuala Lumpur – 23 September 2013 , Majlis Belia Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk Ekspedisi Tahunan Friendship Express 2013 (FX) anjuran Yayasan Antarabangsa Singapura (SIF) peringkat kedua tahun 2013. Delegasi belia dari republik Singapura tiba dan akan berada di Malaysia pada 17 hingga 25 September 2013. Ekspedisi peringkat kedua ini bertujuan untuk menjalankan projek-projek inovasi sosial yang dapat meningkatkan mutu kehidupan di komuniti perkampungan tempatan yang dipilih iaitu di kawasan Klang. Bagi meraikan para peserta Friendship Express ini satu majlis makan malam dan persembahan kebudayaan telah diadakan di Kuala Lumpur International Hotel. Program ini disertai oleh 50 orang belia dari singapura dan dihoskan oleh Majlis Belia Malaysia. Dalam majlis ini, peserta dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan di Malaysia. Persembahan ini dapat menunjukkan kepada para peserta mengenai keharmonian dan kepelbagaian budaya di Malaysia. Turut hadir bersama pada majlis ini adalah En. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee – Presiden Majlis Belia Malaysia , H.E Ong Keng Yong – High Commissioner of the Republic of Singapore , K. Kevaspany – Singapore International Foundation Governor and Singapore Non Resident Ambassador to Jordan, Ms Jean Tan – Executive Director of Singapore International Foundation , Dr. Mohd Ghani B. Mohd Yusof – Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan , dan Mr. Matthew Lee – Director Friendship Express 2013. Semasa di Malaysia , para peserta Friendship Express akan terlibat dengan program penghargaan budaya sebagai sebahagian daripada usaha Friendship Express untuk meningkatkan hubungan sesame rakyat dari pelbagai Negara.