KUALA LUMPUR |7 DISEMBER- Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerajsama Malaysia Relief Agency (MRA) dan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia telah menganjurkan program tersebut bertempat di Komplek Persatuan Orang Buta Malaysia.
Program tersebut dihadiri oleh orang cacat penglihatan dari golongan muda dan warga emas seramai 170 orang dengan pelbagai kaum. Program ini diadakan bagi mencungkil bakat serta kebolehan mereka dalam bidang nyayian dan diangkat sebagai satu ruang kepada mereka untuk menambah pendapatan.