Kuantan, 14 Ogos – Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia Kali Ke-5 (PSK2016) anjuran Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Kerajaan Negeri Pahang dan Majlis Belia Negeri Pahang yang berlangsung pada 11 hingga 14 Ogos 2016 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Cawangan Pahang (UIA Pahang).
PSK 2016 ini mempertandingkan 5 acara sukan iaitu futsal, bola jaring, sepak takrwa, ping pong dan badminton manakala 2 acara kebudayaan iaitu lagu puisi dan teater.
Sebanyak 1371 orang atlet dan 26 kontinjen dari badan gabungan MBM yang menyertai PSK 2016 kali ini dan sejumlah 120 orang sukarelawan ditugaskan di semua tempat pertandingan, bilik urusetia, penginapan dan bahagian teknikal sukan dan kebudayaan.
Majlis Belia Negeri Perak (MBNP) telah berjaya mengungguli Juara Keseluruhan PSK2016 dengan membawa pulang Piala Juara Keseluruhan dan wang tunai. MBNP juga turut memenangi acara Bola Jaring dan juga acara Teater bagi kategori Kebudayaan. Juara Keseluruhan Acara Sukan dimenangi oleh Majlis Belia Negeri Selangor (MBNS) dan Juara Keseluruhan Acara Kebudayaan oleh Majlis Belia Negeri Johor.
Sempena PSK2016 juga diadakan Program Golf Muafakat, Perlawanan Boling Persahabatan dan Perlawanan Futsal Persahabatan antara Majlis Belia Malaysia dengan Majlis Belia Negeri Pahang.
Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob Menteri Besar Pahang serta diiringi oleh YBhg. Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin yang diadakan di Dewan Besar Kampus Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Cawangan Pahang. Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.