Kuala Lumpur, 7 Oktober 2010 – Rumah Terbuka Aidilfitri dan Hari Malaysia anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) begitu meriah dengan kehadiran lebih lima ribu orang pengunjung terdiri dari pemimpin belia serta orang ramai setempat dan juga yang datang sejauh negeri Perlis. Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran mantan-mantan pemimpin MBM serta sukarelawan MBM yang telah bersama MBM sejak lebih dua puluh tahun yang lalu. Majlis yang bermula pada jam 3 petang ini berakhir pada 7 malam telah menyediakan perlbagai juadah hari raya serta buah-buahan tempatan. Orang ramai juga turut berpeluang untuk mendekati dan mengenali individu-individu di sebalik pergerakan belia dengan lebih dekat.
Sempena majlis ini juga, MBM turut meraikan anak-anak yatim dari Rumah Nurhikmah Kajang yang turut sama memeriahkan rumah terbuka ini. Pada kesempatan ini, MBM ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia, RELA serta orang ramai yang telah menjayakan majlis ini.