SOUTH DAKOTA 19th September – Peserta Grup 2 “Let Leaders Lead” ditugaskan untuk melawat dan berdiskusi dengan Dr. Tina Merdanian, Ahli Majlis Wanita Majlis Suku Kaum Red Indian. Peserta berdiskusi tentang nasib dan hal ehwal kaum pribumi Amerika iaitu Red Indian. Mereka berjuang sejak sekian lama mempertahankan hak tanah, bahasa, budaya dan autonomi daripada Kerajaan Persekutuan Amerika.
Mereka ditempatkan di kawasan rancangan yang dinamakan sebagai “reservation” dsn mempunyai pentadbiran tersendiri sebagai sebuah Kerajaan suku kaum (tribal). Dr. Tina merupakan seorang ahli akademik tempatan yang pulang berbakti kepada tanah tumpah darah sebagai Ahli Majlis Suku Kaum di Oglala.
Peserta juga dibawa melawat salah satu sekolah suku kaum. Mereka amat menitikberatkan pendidikan bagi menjayakan agenda dan kemajuan penduduk pribumi Amerika.
Di Malaysia, Majlis Belia Malaysia (MBM) aktif memperjuangkan hak belia orang Asli melalui Majlis Belia Orang Asli dan sedang membantu penubuhan persatuan belia untuk orang asal khususnya di Sabah dan Sarawak.