KUALA LUMPUR 17 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia mempertimbangkan peruntukan kewangan lebih besar kepada persatuan-persatuan belia yang aktif menganjurkan pelbagai program yang bermanfaat bagi golongan berkenaan.
Perdana Menteri berkata, keutamaan diberikan kepada persatuan belia yang memenuhi kriteria penarafan yang bakal ditetapkan termasuk berbelanja secara berhemat dan berintegriti.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia (MBM) Kali Ke-63 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE