MAJLIS BELIA MALAYSIA

Lawatan Majlis Belia Labuan tingkat usahasama berterusan dengan MBM

Majlis Belia Labuan melalui Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) telah mengadakan kunjung hormat  ke pejabat Majlis Belia Malaysia. Lawatan ini bertindak sebagai pemangkin ke arah usaha konkrit berterusan Majlis Belia Labuan khasnya Badan Gabungan MBWP dalam membina, mengurus dan mempersiapkan barisan belia Wilayah Persekutuan bagi menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dan menyatukan masyarakat berbilang kaum.

Kunjungan ini antara lainnya membincangkan mengenai proses melahirkan pemimpin pelapis dikalangan belia selari dengan pelaksanaan Dasar Belia Negara 2018. Selain itu, perkara mengenai penyerahan usul untuk dibentangkan pada Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) turut dibincangkan bagi memberi peluang kepada setiap kelompok masyarakat diberi peluang untuk bersuara.

Seramai 30 orang belia telah disambut oleh barisan exco MBM antaranya Sdr. Khairul Annuar Mansor, Sdr. Jufitri Joha, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri, dan Sdr. Ahmad Daniar Ismail.

IMG_7665 IMG_7620 IMG_7616 IMG_7629 IMG_7621

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »