11 Disember Kuala Lumpur | 11 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah menerima kunjungan daripada Rais Republik Tatarstan, H.E. Rustam Minnikhanov bertempat di IYC Bandar Tun Razak, Cheras.
Menyambut ketibaan beliau, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia , Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid ; Presiden MBM serta Dr Mohamed Maliki Rapiee ; Pengarah IYC.
Hadir sama Tuan Taha Ayhan ; Presiden Islamic Cooperation Youth Forum (ICYF) , Puan Astrid Nadya Rizqita ; Presiden Organisation Of Islamic Cooperation ( OIC) Youth Indonesia dan beberapa wakil negara lain.
Beliau telah dibawa melihat perlaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang sedang berlangsung, meninjau kemudahan di IYC serta mengadakan sesi dialog ringkas bersama belia Malaysia dan wakil belia antarabangsa.
Turut serta delegasi dari Academy of Youth Diplomacy (AYD), Kazan, Kedutaan Rusia.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkukuh hubungan diplomasi belia antarabangsa disamping menerokai peluang baharu khususnya dalam agenda pembangunan belia dan negara.