MAJLIS BELIA MALAYSIA

KUNJUNGAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN RAKYAT SEJAGAT MALAYSIA BINA KERJASAMA DALAM ASPEK KEROHANIAN DAN KEAGAMAAN

KUALA LUMPUR 21 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan dari Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia yang diketuai oleh Presidennya, Tuan Syed Sheikh Alattas.

Kunjungan yang berlangsung di pejabat MBM itu bertujuan membincangkan ruang kerjasama yang boleh dijalankan bersama dalam aspek kerohanian dan keagamaan.

Rombongan disambut oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Abdul Hafeez Abdullah, Exco MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »