MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan Hormat Pimpinan MBM Ke Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

Putrajaya 27 Mac – Majlis Belia Malaysia mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang diketuai oleh Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaluddin. Mereka disambut  oleh Pengerusi SPR Ybhg. Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dan Timbalan Pengerusi SPR Ybhg. Tan Sri Othman Hj Mahmood.

Kunjungan ini bagi membincangkan lebih lanjut persediaan MBM sebagai pemerhati pilihanraya.

Turut hadir pimpinan MBM ialah Timbalan Presiden MBM Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Penolong Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Fairuz, Exco MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »