MAJLIS BELIA MALAYSIA

Belia Nogori Bangkit! Bakti Madani, Jiwo Rakyat kito!

LABU 13 Jun 2026 – Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan telah menganjurkan program Belia Bakti Madani Peringkat Negeri Sembilan pada 13 Jun 2026 bertempat di Kampung Pelegong, Labu. Program ini menghimpunkan peserta daripada pelbagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta belia setempat, menjadikan ia wadah kebersamaan yang penuh bermakna.

Objektif utama program ini adalah untuk memupuk nilai kepimpinan, tanggungjawab sosial dan semangat kesukarelawan dalam kalangan belia. Ia turut berperanan melahirkan generasi muda yang berjiwa rakyat, menjadi penggerak perubahan serta terus menyumbang kepada perpaduan masyarakat.

Acara ini turut diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh belia, antaranya Sdr Farhan Rosli (Setiausaha Agung MBM), Sdri Eng Chor Eng (Naib Presiden Wanita MBM), dan Sdr Syahmi Shamsudin (Penolong Setiausaha Agung MBM). Kehadiran mereka memperkukuh semangat solidariti dan sokongan terhadap usaha memperkasa belia Negeri Sembilan.

Program Belia Bakti Madani ini menjadi simbol komitmen berterusan dalam membentuk belia yang bukan sahaja berdaya saing, tetapi juga berjiwa sukarela dan berperanan sebagai pemangkin perpaduan masyarakat.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »