KUALA LUMPUR | 23 Januari- Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md. Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Kunjung hormat tersebut diketuai oleh Jufitri Joha, Presiden MBM dan dihadiri oleh pimpinan MBM bertempat di pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.
Turut hadir YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat. MBM telah mengusulkan kertas perancangan bagi program model Parlimen Malaysia dan kertas kerja Sekolah Politik. Langkah ini adalah sebagai satu pendedahan kepada golongan belia supaya memahami sistem demokrasi yang sebenar dan pelembagaan Malaysia.