MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjung Hormat MBM Terhadap Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof

Kuala Lumpur 17 Januari – Pimpinan Majlis Belia Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat kali pertama bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa untuk membincangkan jalinan kerjasama bagi membangunkan belia di Malaysia. Majlis Belia Malaysia  (MBM) telah diwakili oleh Presiden (Jufitri Joha), Setiausaha Agung (Hasnul Haniff Harun), Ketua Penerangan (Wan Mohd Husni Abdullah), Ahli Jawatankuasa Kerja (Syed Osman Mohamed dan Ahmad Shah Mohamad Salleh) dan wakil badan gabungan MBM daripada ABIM (Muhammad Faisal Abdul Aziz) dalam kunjungan hormat tersebut.

Pertemuan ini dimulakan dengan komitmen daripada Dr. Mujahid terhadap kesediaan kementerian beliau untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mendokong konsep ‘rahmatan lil alamin’. Dr. Mujahid menyatakan bahawa naratif kerajaan Malaysia pada hari ini ialah terhadap belia, justeru kehadiran MBM dalam mengisi naratif tersebut adalah disambut baik.

Dr. mujahid kemudian menyentuh isu LGBT dalam kalangan belia, beliau telah mempelawa MBM untuk bersama kementerian beliau untuk terlibat dalam program pembangunan Ilaj Home. Program tersebut adalah di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bertujuan untuk menjadi pusat perlindungan kepada pesakit HIV/AIDS dan pusat pemulihan kepada golongan LGBT. Kepimpinan MBM telah mempelawa Dr. Mujahid untuk terlibat dengan beberapa program anjuran MBM, Dr. Mujahid telah menyatakan persetujuan kementerian beliau untuk terlibat. Antara program-program tersebut ialah penganjuran seminar ‘rahmatan lil alamin’; program dialog yang melibatkan kepimpinan pertubuhan belia dan mahasiswa universiti; dan penganjuran Global Youth Forum. Penganjuran Global Youth Forum di Malaysia pada tahun ini merupakan penganjuran program tersebut buat pertama kalinya yang dilakukan di luar negara Turki, ini merupakan satu penghormatan kepada Malaysia dan MBM sebagai penggerak program tersebut.

Kepimpina MBM telah menyatakan kesanggupan untuk bersama-sama membantu membangunkan Majlis Tahfiz Negara, adalah menjadi cita-cita kepimpinan MBM untuk mewujudkan hafiz-aktivis belia di Malaysia dalam kalangan generasi akan datang. Dr. Mujahid menyatakan kesediaan untuk melibatkan MBM dalam program latihan guru tahfiz melalui peruntukan Belanjawan tahun 2019 di bawah kementerian beliau. MBM juga menyatakan kesanggupan untuk berkerjasama dengan Institut Profesional Baitumal yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Wakil MAIWP yang turut serta dalam kunjung hormat tersebut menyatakan keterbukaan mereka untuk bekerjasama dengan MBM. Wakil badan gabungan MBM daripada ABIM telah menyerahkan sebuah buku yang berjaya di terbitkan oleh ABIM dengan kerjasama JAKIM, buku tersebut bertajuk “Keyakinan Hakiki: Kewujudan Maha Pencipta Dan Tugas Makhluk Di Alam Semesta”. Dr. Mujahid memuji usaha ABIM/ MBM dan JAKIM yang berada di bawah kementerian beliau, menjadi harapan beliau agar usaha membugarkan budaya ilmu dapat diteruskan pada masa hadapan.

MOHD. FAUZI B FADZIL,

Felo Penyelidik, Pejabat Presiden, Majlis Belia Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »