MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjung hormat MBM-KNPI kepada Duta Besar Indonesia ke Malaysia

KUALA LUMPUR 14 Julai – DPP KNPI – Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh ke Malaysia, TYT Bapak Hermono di Kedutaan Besar Indonesia.

Kunjungan diketuai oleh Ketua Umum DPP KNPI, Bung Haris Pertama diiringi Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Ketua BP KNPI MALAYSIA, Tengku Adnan dan delegasi lainnya.

Bapak Hermono dalam ucapannya menyatakan hubungan Indonesia dan Malaysia kini lebih dinamika, justeru peranan belia kedua negara penting dalam membangunkan soal kepercayaan dalam masyarakat dan pihak pemerintah.

“Sebagai negara tetangga serumpun, harus ada sikap saling menghormati dan kepercayaan”.

“Dua negara ini harus kukuh dan solid supaya menjadi ‘anchor’ kepada negara-negara jiran demi kepentingan serantau”, ujar beliau.

Dalam pertemuan ini juga, pihak KNPI membangkitkan cadangan agar Dialog Malindo (Malaysia-Indonesia) dihidupkan kembali kerana dialog ini dilihat sebagai platform terbaik menyatukan belia kedua-dua negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »