MAJLIS BELIA MALAYSIA

Konvoi bakal mempromosi Malaysia sebagai tuan rumah ASEAN 2015

Kota Bharu, 9 April 2015 – Majlis Perlepasan Konvoi Eksplorasi Bahasa dan Budaya Belia ASEAN telah diadakan di Kompleks Belia Kelantan di Panji, Kota Bharu. Majlis ini telah disempurnakan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Tuan MD. Sulji Zakarian dan Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Kelantan, Sdra Mohd Syahbuddin Hashim.

Konvoi akan bergerak melalui Malaysia-Thailand-Cambodia bagi mempromosikan Malaysia sebagai tuan rumah ASEAN 2015 dan menyelidiki sejarah ketamadunan, bahasa dan budaya serta membuka ruang pelajaran Bahada Melayu ke rantau ASEAN. Program ini adalah kerjasama bersama antara Majlis Belia Malaysia (MBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Committee for ASEAN Youth Cooperations (CAYC) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Melayu (DBPM) Thailand.

Konvoi Eksplorasi Bahasa & Budaya Malaysia-Thailand-Cambodia yang memasuki hari kedua hari ini akan meneruskan perjalanan bergerak menuju ke Bangkok dan telah memulakan perjalanan sejak pagi tadi.

IMG_9114
Presiden MBM, Sdr. Muam’mar Ghadafi (empat dari kanan) bersama-sama Pengarah JBSN Kelantan, Tuan MD. Sulji Zakarian (berbaju batik), YDP MBN Kelantan, Sdra Mohd Syahbuddin Hashim (empat dari kanan) serta Timbalan Preseiden MBM, Sdra Zaidi Aziz (tiga dari kanan) dalam Majlis Pelepasan Konvoi Eksplorasi Bahasa dan Budaya Belia ASEAN
IMG_9116
Peserta Konvoi
Temubual pihak RTM bersama Presiden MBM, Sdr. Muam’mar Ghadafi
Temubual pihak RTM bersama Presiden MBM, Sdr. Muam’mar Ghadafi

IMG_9117

IMG_9119

11052440_1024532620907581_1270316240954791788_n

 10418458_1024532977574212_8716532829472948448_n

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »