Kuala Lumpur 15 Dis – AIDS disebabkan oleh HIV, iaitu virus “human immunodeficiency”, yang merosakkan sistem pertahanan badan. Mereka yang mempunyai AIDS akan menjadi lemah disebabkan oleh badan mereka telah hilang keupayaan untuk menentang semua jenis penyakit. Mereka akhirnya akan meninggal dunia. Tiada penawar bagi HIV.
Lantaran itu Majlis Belia Malaysia mengadakan KL MEET 2.0 HIV / AIDS Youth Campaign di Masjid Jamek Kuala Lumpur sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa. Seramai 10 sukarelawan daripada Pertubuhan Kesihatan & Kebajikan Umum Malaysia (PKKUM) menyampaikan risalah tentang HIV / AIDS bagi memberi kesedaran kepada orang awam.