MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kerjasama erat penting dalam merelevankan pertubuhan belia

Kuala Lumpur, 24 Mac 2015: Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan lawatan kerja Presiden ke Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di Menara Felda, Kuala Lumpur. Lawatan kerja ini telah diketuai oleh Presiden MBM, Muam’mar Ghadafi Jamal dan telah disambut oleh Presiden MBFM, Yang Berhormat Anuar Abdul Manap bersama kepimpinan tertinggi MBFM. Turut hadir bersama Naib Presiden MBM Jufitri Joha, Khairul Annuar Mansor dan Low Eng Tack, Setiausaha Agung Ahmad Saparudin Yusup, Ketua Penerangan Mohammad Rizan Hassan, serta Exco MBM Hasnul Haniff Harun, Thai Ming Yeow, Intandiana Jalil dan Choo Chung Tiong.

Objektif lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan MBM yang baru kepada badan gabungan MBM di samping dapat mengeratkan hubungan antara kepimpinan. Tujuan lain juga adalah sebagai suatu platform perbincangan kerjasama antara MBM dan MBFM. Dengan pertemuan ini beberapa masalah dari badan gabungan akan dapat MBM perolehi secara terus. Beberapa isu telah dibincangkan semasa pertemuan ini yang melibatkan Majlis Belia Felda peringkat negeri dan cawangan.

Melalui pertemuan ini juga, beberapa pengumuman program yang akan dijalankan oleh MBM juga turut diselitkan seperti Program Terus-Terang yang akan dijalankan pada 1 April 2015 bertempat di Wisma Majlis Belia Malaysia dan program Kempen Belia Menolak Ekstremisme yang akan berjalan pada 4 April 2015 di Dewan UTM Kuala Lumpur. MBM berharap agar MBFM dapat turut serta bagi setiap program yang dijalankan oleh MBM. Di samping itu juga turut dibincangkan kerjasama MBM dan MBFM dalam memberi peluang kepada anak muda Felda meneruskan pelajaran dalam bidang kemahiran di bawah program 1 Belia 1 Kemahiran.

Melalui pertemuan ini juga, Presiden MBM mengharapkan sokongan semua pihak terutama dari badan gabungan dalam merelevankan pertubuhan belia. Beliau juga mengharapkan penglibatan MBFM dalam membantu MBM mendekati golongan belia Felda.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »