MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kerajaan mahu lebih banyak program belia

SEREMBAN 10 Mei – Kerajaan negeri meminta agar lebih banyak program serta platform pembangunan belia dijalankan secara berterusan di negeri ini ke arah memperkasakan modal insan yang bakal menjadi penentu masa depan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjana lebih ramai belia yang lebih produktif, proaktif dan positif dalam membangunkan negara yang dicintai ini.

“Saya selaku pentadbir negeri ini mahu melihat isu dan hal ehwal belia ini diberikan penekanan kerana golongan ini merupakan kumpulan yang akan menentukan nasib dan masa depan negara.

“Jika mulai sekarang kita tidak mengambil langkah memperkembangkan belia, kita akan rugi nanti kerana satu hari nanti golongan ini tidak lagi dapat kita dekati,” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Jabatan Belia dan Sukan negeri Bersama Menteri Besar di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini malam tadi.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »