KENYATAAN MEDIA
JUFITRI BIN JOHA
PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA
MBM MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA MOHD AIZAD ROSLAN
Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohd Aizad Roslan atas perletakkan jawatan sebagai Presiden Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) dalam Mesyuarat Agung Tahunan MBNK baru-baru ini.
Tindakan ini adalah langkah yang terpuji kerana selaku Setiausaha Politik kepada YB. Menteri Belia dan Sukan, ia adalah usaha bagi mengelakkan pertembungan kepentingan (conflict of interest) di samping menyahut seruan YB. Menteri agar pergerakan belia benar-benar dipimpin oleh tokoh yang dapat memberikan fokus utama kepada pembangunan belia. Ia juga sekaligus memastikan pergerakan belia tidak dicemari dengan agenda politik kepartian yang sempit.
Tindakan ini juga wajar dicontohi oleh pihak-pihak berkepentingan yang lain selaras dengan agenda baharu yang dibawa oleh pihak Kerajaan. MBM amat mengalu-alukan agenda dan budaya baharu yang menguntungkan belia dan rakyat.
MBM mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan mendoakan agar terus membantu pergerakan belia negara. Kepada pemangku Presiden MBNK, Hamdan Jamel, selamat menjalankan tugas sebaiknya.
JUFITRI BIN JOHA
Presiden
Majlis Belia Malaysia
Tarikh : 26 Disember 2018
Tel : (017) 353 3625
Emel : jufitri1979@gmail.com