Ekoran musibah banjir yang melanda negara ketika ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil inisiatif menggerakkan Misi Bantuan Banjir MBM melalui #projectunderwear2.0 bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang berada di pusat-pusat pemindahan di negeri-negeri terlibat.
#projectunderwear2.0 memberi fokus kepada sumbangan berupa pakaian dalam dan tuala wanita, seluar dalam lelaki dan kanak-kanak. Projek sama telah dilaksanakan MBM pada misi banjir 2021
Sumbangan anda diperlukan untuk memenuhi keperluan mendesak mangsa-mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan banjir di seluruh negara.
Salurkan sumbangan anda melalui akaun :
Nama akaun : Tabung Kemanusiaan Majlis Belia Malaysia
Nama bank : Maybank
No akaun : 5640 2540 3782
Sila tulis #banjir2024 sebagai rujukan
Untuk permulaan, MBM mensasarkan bantuan awal sebanyak 3,000 pek untuk diedarkan di Kelantan.