MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jemputan untuk menghadiri International Forum on Political and Economic Trends in South East Europe

Sukacitanya Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) KL dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM), Gerakan 4B Malaysia, Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dan World Assembly of Youth (WAY) menjemput seluruh belia untuk menyertai program International Forum on Political and Economic Trends in South East Europe pada 28 Januari 2015 bertempat di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur.

Objektif penganjuran program adalah sebagai medium penerangan dan perkongsian bagi mengenalpasti peranan, cabaran dan peluang masyarakat dalam bidang politik dan ekonomi di peringkat antarabangsa.

Penyertaan adalah percuma dan pihak kami akan menghubungi anda sekiranya terpilih.

Sila isi borang dalam talian di bawah dan tempat adalah terhad.

Tarikh tutup penyertaan 24 Januari 2015

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »