12 Jun 2017 / 17 Ramadhan 1438H | Kuala Lumpur
Program Ihya’ Ramadhan Belia Malaysia seterusnya menjelajah ibu negara Kuala Lumpur dengan akiviti Tadarus al-Quran serta ceramah agama bertempat di Masjid Shafie, Taman Maluri, Cheras.
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Hashimi Bin Che Pah bertajuk Hak Wanita dan Faraid kepada pelajar Baitul Ehsan dan Gerakwanis Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan.
Program ini dirasmikan oleh Encik Mohd Nor bin Ibrahim, Pegawai Khas kepada YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa.