Kota Kinabalu, 26 Mac 2011 – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Sabah (MBS) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah berjaya mengadakan Jelajah Proton-MBM-Hari Belia Negara 2011 peringkat negeri Sabah yang bermula dari Kompleks Belia dan Sukan Sabah di Putatan dan berakhir di One Borneo Mall. Konvoi yang bermula seawal 9 pagi ini berakhir pada jam 3 petang telah dilancarkan oleh YB Datuk Peter Pang Eng Yin, Menteri Belia dan Sukan Sabah di One Borneo Mall dan turut diiringi oleh Puan Rohani Abu Hassan, Pengerusi Tetap MBM, Tuan Hj. Mohd Sukor Md. Yusuff, Timbalan Presiden MBM dan Sdr. Mod Nadzri Yaacob, CEO Sekretariat HBN2011. Sebanyak 50 buah kereta berjenama Proton dan Perodua serta 100 buah motorsikal turut serta dalam jelajah ini.