11 Jun 2017 / 16 Ramadhan 1438H | Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Keberkatan Ramadhan terus diserikan dengan program agihan bantuan barangan keperluan harian kepada golongan asnaf. Agihan pada kali ini menjelajah ke lima dun Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk diagihkan. Ianya merangkumi 10 buah rumah yang terdiri daripada ibu tunggal, fakir miskin dan lain-lain.
MBM yang diwakili Naib Presiden, Sdri. Asfalinda Anuar dan Naib Presiden MAYC Kebangsaan, Sdri. Sheera Haiza Hashim turun mendekati setiap keluarga untuk agihan bantuan. Tadarus al-Quran turut diadakan menjelang waktu berbuka puasa.
Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban serta membolehkan mereka menikmati bulan yang mulia ini dengan penuh keberkatan.