MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jaulah Tadarus & Tadabbur Quran Belia Malaysia imarahkan Ramadan al-Mubarak

HARI KETIGA : 4 Jun 2017 / 9 Ramadan 1438H | Pahang

Jelajah meneruskan misi dengan menghadiri Majlis Tadarus al Quran melibatkan 50 orang peserta terdiri remaja dan beliawanis dari sekitar Jerantut di Rest House Jerantut, Pahang.

Jelajah berakhir dengan Majlis Tadarus al Quran di Masjid Assobirin Kampung Gantuk, Pahang. Pada masa sama, rombongan jelajah menyampaikan sumbangan di dua buah rumah di Kg Gantuk Hulu. Penyampaian sumbangan kepada warga emas yang uzur (berusia lebih 100 tahun) serta bekas ahli JKKK Kampung Gantuk yang mengidap penyakit kronik akibat serangan darah tinggi. Selesai sudah program Ihya Ramadan peringkat zon Pantai Timur, jelajah seterusnya akan ke selatan tanah air.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »