MAJLIS BELIA MALAYSIA

Hina Islam: Tindakan tegas perlu

PARIT BUNTAR 18 Julai 2013 – Gerakan Belia 4B Malaysia mahu tindakan tegas diambil terhadap Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino serta pasangan kontroversi, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, yang mempersenda dan mempermain-mainkan isu agama Islam.

Sambil mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka, Presidennya, Mu’ammar Gadaffi Jamal Jamaludin berkata, perbuatan biadab berkenaan amat keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan.

“Mereka begitu berani dan lantang melakukan penghinaan terhadap Islam. Sudah seharusnya tindakan tegas diambil terhadap mereka.

“Duta yang kurang ajar itu perlu kita usir dari negara ini manakala dua remaja yang sengaja memuat naik gambar mereka menikmati hidangan dengan kapsyen Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh (sup tulang babi), kita mahu kerakyatan mereka dilucutkan,” katanya di sini semalam.

Marino pula secara terang-terangan dalam kenyataannya menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian di negara ini.

Bagaimanapun, Marino telah menyampaikan permohonan maaf kepada kerajaan menerusi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam pertemuan di Wisma Putra kelmarin selepas kenyataannya yang dibuatnya itu dikecam hebat umat Islam negara ini.

Menurut Mu’ammar Gadaffi, pernyataan maaf oleh Marino mahupun Alvin serta Vivian itu tidak mencukupi kerana isu berkaitan agama merupakan perkara sensitif.

“Oleh itu, pada kami tindakan mereka itu tidak boleh dimaafkan langsung sebaliknya tindakan tegas patut diambil terhadap mereka,” katanya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »