MAJLIS BELIA MALAYSIA

Go Coach Menangi USD2500

Pitching Competition

Bersempena dengan Islamic Countries Youth Entrepreneurship Network (ICYEN), telah diadakan Pertandingan ‘Pitch Your Project’ sebagai platform persembahan bakat belia dalam projek inovasi sosial.

Sebanyak 12 projek yang dipertandingkan yang hampir kesemuanya adalah idea baru dan berpotensi untuk dikembangkan.

Panel juri seramai 6 orang terdiri daripada wakil MBM, ICYF-DC, The Iclif dan MaGIC telah sebulat suara memilih Projek Go Coach sebagai pemenang tempat pertama dan Projek DARE Book Club pemenang tempat kedua.

Masing-masing menerima geran projek sebanyak USD2500 dan USD1500 dan akan berkolaborasi dengan MBM untuk menjayakan projek masa hadapan.

Go Coach sebuah projek aplikasi yang memberi kemudahan kepada belia untuk mencari jurulatih sukan berkemahiran/ separa kemahiran yang berada berhampiran kawasan mereka dengan kadar berpatutan.

DARE Book Club merupakan inisiatif bagi kanak-kanak autistik untuk menguasai kemahiran membaca menggunakan kaedah interaktif.

Tahniah kepada para pemenang.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »