Seremban, 30 Mei 2017 – Menginginkan negara yang maju, memerlukan para belia di Malaysia untuk tidak terus menganggur dan peluang pekerjaan bukanlah di isi penuh kuotanya oleh pekerja asing yang turut mencari peluang pekerjaan di Malaysia.
Belia Seremban mahu kerajaan memfokuskan isu pekerja asing yang telah memegang pekerjaan yang kosong di Malaysia dan berharap agar di masa yang akan datang pekerjaan di isi penuh oleh warga Malaysia. Turut disentuh berkenaan dengan pelajaran, education level perlu diwajibkan sekurang-kurangnya tahap Diploma bukan lagi SPM.
Selain itu, berkenaan halal dari segi makanan pula, belia Seremban berharap akan ada satu hub perhubungan makanan halal yang dapat dieksport ke luar negara dengan lebih meluas, agar makanan halal juga disukai oleh negara luar. Inilah beberapa aspirasi belia seremban yang dikongsi bersama dalam siri Dialog TN50 MBM yang diadakan di Masjid Hussein 2, Seremban Negeri Sembilan.
Program yang dihadiri oleh belia-belia dari pelbagai pertubuhan belia di Seremban ini menyaksikan ahli panelnya iaitu Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin, Presiden MBM dan moderator oleh Sdr. Rizmel Nazrin Exco MBM.
Turut hadir ialah Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM, Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan dan Sdr. Wan Mohd Husni Exco MBM yang turut meriahkan majlis tersebut.