MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dialog InspirasiKu TN50 : Belia Pahang Mahu Isu Perpaduan Diutamakan

Kuantan, 2 Jun 2017 – Perpaduan yang kuat boleh menjamin keutuhan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dalam memacu 2050. Ternyata, belia Pahang yang terdiri dari pelbagai kaum mahu kerajaan memfokuskan agenda perpaduan rakyat dan mahu semua kaum diberikan hak samarata tanpa mengira bangsa dan agama selagi ianya tidak bercanggah dengan perlembagaan negara. Inilah beberapa aspirasi belia pahang yang dikongsi bersama dalam siri Jelajah TN50 MBM yang diadakan di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan Pahang.

Program yang dihadiri oleh pertubuhan-pertubuhan belia Pahang ini menyaksikan ahli panelnya iaitu Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin, Presiden MBM dan Sdr. Wan Emril Wan Embong, Naib Presiden MBN Pahang / Ahli Dewan Tertinggi MBM. Program yang berlangsung lebih sejam ini diacarakan oleh Sdr. Rizmel Nazrin, Exco MBM.

Turut hadir ialah Sdr. Khairul Amin Presiden MBN Pahang, Sdr. Ahmad Daniar Timbalan Presiden MBN Pahang / Penolong Bendahari Kehormat MBM yang turut meriahkan majlis tersebut.

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »