MAJLIS BELIA MALAYSIA

DAPATAN INPUT DAN CADANGAN SESI DIALOG KEPIMPINAN MBM BERSAMA MBWP UNTUK BELIA BANDAR

Isu & Permasalahan Belia Wilayah:

  • Isu ketagihan dadah yang serius dalam kalangan belia di Wilayah.
  • Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Kawasan memerlukan dana pentadbiran untuk menjalankan kerja secara berkesan (sudah ditangani KBS).
  • Halatuju Alumni Malaysia Future Leader School (MFLS) harus disemak semula agar selari dengan gerak kerja pergerakan belia. (sudah ditangani oleh MBM)
  • Kesinambungan Parlimen Belia Malaysia harus diteruskan bahkan diperkasakan.
  • Peluang pekerjaan bagi para belia agak merungsingkan – selepas bulan Oktober 2020, bantuan moratorium dan pertolongan daripada Kerajaan tidak akan diteruskan.
  • Program ‘Nelayan Bandar’ yang digerakkan MBWP dan MBK tidak mendapat dokongan segera pihak berkuasa khususnya kemudahan logistik sedangkan ini merupakan projek ekonomi membantu belia bandar menjual ikan bagi menjana pendapatan khususnya pasca Covid-19

Cadangan:

  • Semua pihak termasuk para guru, ibubapa, pihak polis harus menjalankan tanggungjawab mereka. Terutamanya pihak polis perlu mengambil tindakan yang tegas dan pantas untuk membanteras penjualan (drug pusher) dadah. Pihak berkuasa harus memandang perkara ini dengan lebih serius.
  • Model Pusat Belia yang digerakkan oleh Timbalan Presiden MBWP di PPR Seri Cempaka Lembah Pantai melalui Persatuan Belia Seri Cempakan harus diperbanyakkan di seluruh Kuala Lumpur kerana ianya amat berkesan menjadi pusat belia yang berperanan menjadi tempat anak muda melepak sambil melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan kesukarelawanan. Ianya juga berjaya menjadi pusat komuniti, kerjaya dan menjadi model urban farming. Dengan banyaknya pusat belia sebegini akan berjaya menangani isu gejala sosial terutamanya dadah dalam kalangan belia.
  • Pimpinan MBM termasuk MBWP perlu mengadakan perjumpaan dan berdialog bersama Angkatan Belia MFLS sebagai satu usaha untuk mendekati dan menggabungkan MFLS di bawah MBM dan MBWP kerana mereka mempunyai ramai keanggotaan anak muda di bawah 25 tahun.
  • Parlimen Belia Malaysia harus bekerjasama dengan MBM supaya dapat merealisasikan setiap cadangan mereka yang didebatkan. Parlimen Belia Malaysia tidak harus ‘overshadow’ MBM tetapi perlu berganding bahu untuk membangunkan belia. Wakil MBM wajar dilantik sebagai Timbalan Speaker Parlimen Belia dan Presiden MBM wajar mempunyai sesi dialog berterusan bersama Ahli Parlimen Belia.
  • MBM , MBWP dan MBK harus mengambil inisiatif untuk terus menjadi platform kepada para belia mengasah bakat kepimpinan dan berorganisasi dan juga bertindak sebagai platform dalam melatih mencari peluang pekerjaan serta membimbing para belia untuk mempelajari cara-cara mengurus kewangan mereka.

Menteri Belia dan Sukan disyorkan menjadikan agenda “Jom Masuk Belia” sebagai satu kempen besar-besar bersama MBM untuk mengajak belia menyertai gerakan belia di semua peringkat.

  • Pemimpin belia di semua peringkat disarankan untuk memahami dan memainkan peranan utama sebagai pemudahcara (process helper) dalam membantu belia menyelesaikan isu mereka seperti membantu belia memasarkan produk mereka dan membantu belia mendapatkan tawaran – tawaran geran Kerajaan.
  • Majlis Belia perlu berkerjasama dengan pihak Kementerian supaya dapat mengubah perspektif di kalangan para belia dalam menceburi perniagaan perikanan.
  • Belia Bandar berhadapan dengan cabaran kemiskinan Bandar dan kebanyakkan peruntukkan Kerajaan termasuk pakej Penjana baru-baru ini banyak dinikmati oleh belia luar bandar manakala belia bandar terlepas banyak peluang-peluang seperti ini kerana masalah pembahagian peruntukkan antara Negeri dan Wilayah.

Lain-lain:

  • JBSN-KBS harus meneruskan dan memperbanyakkan program-program kepimpinan, kursus pengucapan awam, kursus fund raising dan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO).
  • Peluang pekerjaan sebagai agen insurans boleh diceburi oleh para belia sebagai kerja sambilan dalam tempoh pasca Covid-19 dan pemimpin belia berperanan menunjukkan peluang-peluang menjana pendapatan kepada belia.
  • Program-program belia antarabangsa di bawah KBS harus diberikan keutamaan kepada pemimpin dan ahli pergerakan belia agar menjadi galakkan belia menyertai dan aktif dulu dengan pergerakan belia sebelum boleh menyertai program belia antarabangsa. Program belia antarabangsa semasa banyak didominasi oleh para pelajat IPT yang tidak menyertai pergerakan belia, justeru perlu ada kuota.

Majlis Belia Labuan harus diberikan autonomi dan lebih peruntukkan kerana walaupun mereka berada di bawah naungan MBWP, mereka perlu diberikan peluang dan ruang yang lebih kerana mereka lebih dekat dengan Borneo.

Dialog ini berlangsung pada 9 Julai 2020 di Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Disediakan oleh:

Sdri. Kavita Maheendran

Exco Majlis Belia Malaysia

Disemak dan diedit oleh:

Sdr. Jufitri Joha

Presiden Majlis Belia Malaysia

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »