1 Jan 2015 – Misi Belia Prihatin diteruskan lagi ke Kuala Lipis untuk memberi bantuan dan bersama-sama membersih dan mencuci tempat-tempat awam yang terjejas dan fokus utama adalah kawasan sekolah. Seramai 40 orang sukarelawan telah menyertai misi ini dengan diketuai oleh Sdr Hasnul Haniff Harun dan Sdr Ahmad Daniar Ismail, Exco MBM. Misi dijangka akan berada di Kuala Lipis selama 3 hari 2 malam.