MBM Pelawa Belia Sertai Program Rakan Bumi

Majlis Belia Malaysia (MBM) dan badan-badan gabungannya mengambil inisiatif untuk bersama-sama meraikan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun setiap tahun dengan menjalankan 20 siri program sepanjang bulan Jun di pelbagai lokasi seluruh Malaysia. Program ini dilaksanakan dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menerusi inisiatif Rakan Muda x Rakan Bumi. […]
Keganasan dan Kedegilan Israel Mencabul Hak Asasi Manusia: PBB Wajar Gantung Keahlian Israel

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel yang memintas, menahan dan memperlakukan aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 secara tidak berperikemanusiaan ketika mereka membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Misi yang membawa makanan, ubat-ubatan dan solidariti kepada rakyat Palestin tidak wajar dilayan sebagai jenayah, apatah lagi disambut dengan kekerasan, penghinaan dan penafian hak asas […]
MBM Seru Ahli Politik Beradab Dalam Membicarakan Tokoh Islam

Majlis Belia Malaysia (MBM) memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa menggunakan naratif tidak tepat serta bahasa yang tidak wajar terhadap para sahabat Rasulullah SAW. MBM menegaskan bahawa tokoh-tokoh Khulafa al-Rasyidin dan para sahabat Rasulullah SAW wajib dibicarakan dengan penuh adab, ketepatan ilmu dan tanggungjawab. Ahli politik yang […]
MBM Mengecam Elemen Provokatif: Henti Tindakan Membakar Api, Jaga Adab dan Perpaduan Negara

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengecam keras tindakan tidak beradab dan derhaka yang berunsur menghina Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor melalui kandungan jelik di media sosial mutakhir ini. Perbuatan sedemikian bukan sekadar keterlanjuran kata atau gurauan melampau, tetapi satu bentuk provokasi yang mencabar kemuliaan Institusi Diraja, menyentuh sentimen sensitif masyarakat dan berpotensi menggugat keharmonian […]