MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sukarelawan Pasca Bencana KBS “Belia Prihatin” Bantu Mangsa Banjir

KUANTAN, 20 DISEMBER 2013  – Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan Pahang telah menjayakan Program Sukarelawan Pasca Bencana KBS “Belia Prihatin” di Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang pada 19 dan 20 Disember 2013 yang lalu. Program dua hari ini disertai oleh Ketua Pengarah Jabatan […]

Sekretariat MBD Kemaman terjejas teruk

Kemaman, 11 Disember 2013 – Daerah Kemaman antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir besar yang melanda Pantai Timur. Hampir seluruh rumah, kedai perniagaan dan premis kerajaan terjejas teruk setelah ditenggelami air. Antara yang terjejas teruk ialah pejabat Sekretariat Majlis Daerah Kemaman yang terletak di Kompleks Rakan Muda Kemaman, yang juga turut mengalami kerosakan yang […]

MBM dan MBN Pahang akan selaras bantuan

Kuantan, 11 Disember 2013 – Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menghantar pasukan sukarelawan banjir untuk misi Pasca Banjir ke Kuantan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar Kuantan, Pahang. Pasukan sukarelawan ini akan diselaraskan oleh Majlis Belia Negeri Pahang yang juga telah membuka pusat operasi banjir di sekretariat MBN Pahang, Wisma Belia Kuantan.

Program Transformasi Negara Pemimpin-Pemimpin Kanan Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM)

Kuala Lumpur, 30 November 2013 – Biro Tatanegara (BTN) dibawah Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Program Transformasi Negara Pemimpin-pemimpin Kanan Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi tujuan membentuk kerjasama antara BTN dan MBM dalam penganjuran program-program yang mampu mendekati belia sekaligus membentuk belia yang berdaya saing dan berguna kepada masyarakat. Program yang diadakan di […]

Translate »