MAJLIS BELIA MALAYSIA

Festival Belia Putrajaya 2014 berlangsung 22-25 Mei

PUTRAJAYA 24 April – Kementerian Belia dan Sukan sekali lagi bakal menganjurkan program tahunan terbesarnya iaitu Festival Belia Putrajaya 2014 bermula 22 hingga 25 Mei ini di Persiaran Perdana, Presint 4 di sini. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, festival yang menjadi kemuncak sambutan Hari Belia Negara 2014 itu akan membawa konsep agak berbeza iaitu `lihat dan […]

Landasan baru pelapis muda

Oleh Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapie berkata, pertemuan Presiden AS ke-44 itu bersama pemimpin muda dari seluruh negara ASEAN pastinya sesuatu yang dinanti-nantikan. Menurutnya, peluang itu seharusnya digunakan untuk mengenali seterusnya mendekati pemimpin dunia berkenaan dengan sebaik-baiknya. “Pemimpin muda yang terpilih berpeluang mengenali dan menyatakan pandangan masing-masing […]

MBM anjur Persidangan Meja Bulat Perpaduan :Belia dan Hak Asasi Manusia berkenaan UPR

Kuala Lumpur, 15 April 2014 – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Perpaduan Belia dan Hak Asasi Manusia: Perkembangan Pasca Semakan Berkala Sejagat (UPR) Geneva bertempat di Hotel Vivatel yang berlangsung pada 15 April 2014 bermula jam 9 pagi dan tamat pada 1 petang. Seramai […]

MBM gerak pemimpin wanita

Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga MBM dengan kerjasama Biro Tata Negara telah menganjurkan program Women Inspire yang bertempat di Kem BTN (B) Ulu Sepri, Rembau Negeri Sembilan dari 11 hingga 13 April 2014.  Seramai 64 peserta yang mengikuti program ini adalah yang terdiri daripada pemimpin wanita pergerakan belia […]

Translate »