MAJLIS BELIA MALAYSIA

4B Gerakkan Misi Belia Prihatin di Dungun

30 Dis 2014, Dungun – MBM dan Gerakan Belia 4B melalui Gerakan Belia 4B (M) kawasan Dungun diketuai oleh Muhammad Suza Amsyari bin Sulaiman, Setiausaha GB4B Kawasan Dungun  tampil berkongsi rasa kesedihan yg dilalui oleh mangsa-mangsa banjir ini diseluruh daerah Dungun. Hari ini skuad belia itu tampil bersama dengan sumbangan daripada TLH Hardware & Machinery Sdn Bhd yang sudi menghulurkan sumbangan berbentuk barangan makanan dan keperluan harian.

Pusat Pemindahan SK Gong Pasir adalah Pusat Pemindahan yg ke-6, selepas PP Balai Raya Kg Gong Beting, PP SK Pusat Sura, PP Dewan Sivik Kuala Paka, PP SK Kg Minda & PP SMK Kg Nyior. Diharap sumbangan tersebut mampu mengubat duka dan mengurangkan beban yang ditanggung mangsa lebih-lebih lagi sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi.

 

IMG-20141231-WA0016 IMG-20141231-WA0017 IMG-20141231-WA0018 IMG-20141231-WA0013 IMG-20141231-WA0015

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »