MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM TERIMA KUNJUNGAN PEGAWAI AGENSI MEDIA TURKI

KUALA LUMPUR 3 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima kunjungan Omer Faruk Yildiz, pegawai media Anadolu Ajansi (sebuah agensi media di bawah kerajaan Turki). Kunjungan tersebut disambut oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM. Dalam pertemuan tersebut, beliau melahirkan rasa minat untuk bekerjasama dengan MBM khususnya dalam bidang kebudayaan belia membabitkan kedua-dua negara.

MESYUARAT PROGRAM INSPIRASI ANAK MUDA (I AM)

PUTRAJAYA 2 Oktober – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri Mesyuarat Program Inspirasi Anak Muda (I AM) yang dipengerusikan oleh YB. Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang berlangsung di Menara KBS. Mesyuarat ini diadakan bagi mendapatkan makluman terkini berkenaan status program di tujuh (7) […]

SIDANG MEJA BULAT: “BELIA TAHFIZ DALAM ARUS PEMBANGUNAN BELIA NEGARA”

KUALA LUMPUR 30 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) berusaha bersama-sama Pertubuhan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Pertubuhan Institusi Tahfiz Al-Quran (PINTA) dan Permata Al-Quran Yayasan Addin dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar dapat mengarusperdana belia tahfiz ke arah pembangunan belia tahfiz. Sidang dipengerusikan Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM ini bertujuan […]

BENGKEL MEMPERKASA KEPIMPINAN PENDIDIK & KOMUNITI BAGI OKU SELANGOR

SHAH ALAM 28 September – Bengkel Memperkasa Kepimpinan Pendidik dan Komuniti Bagi OKU Selangor ini merupakan anjuran Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOK), CLIPS@PLPP dan Sukarelawan Sokongan OKU & Belia OKU (SOKU) Majlis Belia Malaysia (MBM). Program ini memfokuskan ke arah meningkatkan kemahiran, kesedaran komuniti dan Pendidik dalam […]

Translate »