MAJLIS BELIA MALAYSIA

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGESAHAN KURIKULUM DAN PENILAIAN BAHAN PENGAJARAN BERTULIS KERJA BELIA TAHAP 5

PUTRAJAYA 20 Disember – Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Kurikulum dan Penilaian Bahan Pengajaran Bertulis Kerja Belia Tahap 5 telah diadakan di Institute of Youth Research (IYRES). Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput sebagai Panel Pengesahan Kurikulum dan Penilaian Written Instructional Materials (WIM) Kerja Belia. Pembangunan WIM ini diterajui oleh IYRES KBS sejak 2018 untuk melaksanakan teras […]

“TALK WITH PROF. SYEIKH ALI QURADAGHI”, SETIAUSAHA AGUNG KESATUAN CENDEKIAWAN ISLAM SEDUNIA

BANGI 20 Disember – Program “Talk With Prof. Syeikh Ali Quradaghi”, Setiausaha Agung Kesatuan Cendekiawan Islam Sedunia bertajuk Pesanan Kepada Belia Malaysia dalam Kerangka Masyarakat Majmuk telah berlangsung di pejabat SKPB Bangi. Program dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM) dengan kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE), Angkatan Belia Islam, […]

YOUTH KL SUMMIT 2019 DAN KL SUMMIT 2019

KUALA LUMPUR 19 Dis – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenuhi undangan menghadiri Youth KL Summit 2019 dan KL Summit 2019 yang berlangsung dari 17 – 21 Disember di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Sidang kemuncak dihadiri kepimpinan ternama dunia Islam dan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. MBM berpandangan platform sebegini […]

PROGRAM SKUADMEPS “MENGGERAK PENGGUNA SISWA” NEGERI SELANGOR

SERDANG 19 Disember – “Gerakan kepenggunaan siswa mampu menjadi wahana membela nasib dan hak pengguna khususnya dalam kalangan mahasiswa seperti isu yuran pengajian, harga rumah, harga makanan, pengangkutan dan lain-lain berkaitan kepentingan dan kebajikan masyarakat khususnya mahasiswa”, ujar Presiden MBM. Majlis perasmian SkuadMEPS Negeri Selangor telah disempurnakan oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia […]

Translate »