MAJLIS BELIA MALAYSIA

MESYUARAT AHLI LEMBAGA COMMONWEALTH ALLIANCE OF YOUTH WORK ASSOCIATIONS – CAYWA

KUALA LUMPUR 19 Mei – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menyertai Mesyuarat Ahli Lembaga Commonwealth Alliance of Youth Work Associations – CAYWA bersama Mr. Layne Robinson (Head of Social Policy Development at The Commonwealth Secretariat). Mesyuarat membincangkan perkembangan kerjasama CAYWA dengan Sekretariat Komanwel. Mesyuarat bersetuju memberi tumpuan kepada kerja belia digital (digital youth work).

MESYUARAT BERSAMA SME BANK RANGKA PROGRAM BANTU BELIA TERJEJAS PKP

KUALA LUMPUR 19 Mei – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan mesyuarat dan kerjasama susulan dengan Bahagian Perusahaan Kecil Sederhana (SME), bagi merangka program membantu belia yang ‘drop out’ dan menganggur ekoran Pandemik COVID-19 dengan keusahawanan dan literasi kewangan. Program ini akan memanfaatkan platform digital dan berusaha mendekati seramai mungkin belia. Ini merupakan usaha berterusan […]

PROGRAM AGIHAN PEK ASAS MAKANAN KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN

LEMBAH SUBANG | 18 MEI 2020 – Relawan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Majlis Belia Negeri Selangor telah mengadakan agihan pek asas makanan di PPR Lembah Subang. Sebanyak 400 pek asas makanan kering dan basah telah diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan dikawasan tersebut. Agihan tersebut telah […]

TASKFORCE BAGI MENANGANI ISU EKONOMI BELIA PASCA COVID-19

KUALA LUMPUR 17 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Perbincangan menjurus ke arah menghadapi cabaran ekonomi dan pengangguran belia pasca Covid-19. Hasil perbincangan, Exco MBM bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Tindakan Ekonomi MBM sebagai taskforce bagi memfokuskan menangani isu yang amat genting ketika ini. Sesi perbincangan ini […]

Translate »