PROGRAM AGIHAN JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT)

SELANGOR| 9-10 MEI – Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama World Assembly Muslim Youth (WAMY) dan Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM) telah mengadakan agihan juadah berbuka puasa kepada pelajar IPT sebanyak 609 bungkus yang ditaja oleh pihak WAMY. Agihan tersebut berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Bangi dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) […]
SUMBANGAN BANTUAN BELIA PRIHATIN

KELANTAN| 3 MEI -Majlis Belia Malaysia (MBM)dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC KEBANGSAAN) dengan kerjasama MAYC negeri Kelantan telah menyampaikan sumbangan kepada Madrasah Darul Ulum Addiniah, Kampung Apa-Apa Pasir Mas, Kelantan. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Sdr. Mohd Hakimi, Exco MBM kepada wakil madrasah tersebut. Sebanyak 100kg Ikan dan 100kg beras telah disumbangkan kepada madrasah […]
PROGRAM AGIHAN MAKANAN KEPADA BARISAN HADAPAN

KUALA LUMPUR| 3 MEI- Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) telah mengagihkan 200 pek makanan berbuka puasa kepada barisan hadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL) Agihan tersebut telah diedarkan oleh Relawan MBM di bawah Sdr. Faiz Shuhaimi selaku Exco MBM. Turut bersama Mohammed Nasser, Presiden MBWP. Program tersebut adalah salah satu inisiatif Relawan […]
PROGRAM KHIDMAT MOBILISASI RELAWAN MBM

SELANGOR| 1 MEI- Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan agihan pek asas makanan di Kampung Rinching Hilir, Kampung Sungai Kembong Hulu dan kampung Sungai Kembong Hilir. Sebanyak 60 keluarga telah menerima sumbangan tersebut. Program tersebut telah diselaraskan oleh Relawan MBM dibawah Sdr. Mohd Faiz Suhaimi, Exco MBM. Turut bersama Sdr. Sherhan Nizam, Naib Presiden MBM. […]