EXCO MBM DILANTIK ANGGOTA MAJLIS PERUNDINGAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (MPKM)

PUTRAJAYA 9 Jun – Sdri. Kavita Maheendran, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dilantik sebagai Anggota Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM) oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah. Sejurus selepas pelantikan tersebut, beliau menyertai Mesyuarat MPKM yang dipengerusikan YB Menteri untuk membincangkan pendekatan dan dasar yang sesuai bagi isu-isu komunikasi dan multimedia, […]
BUAL BICARA SUKAN ELEKTRONIK (E-SPORT)

SEREMBAN 6 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) menghadiri rakaman bual bicara sukan elektronik sempena Kejohanan Sukan Elektronik Negeri Sembilan. Perbincangan seputar kerjasama persatuan belia dengan komuniti sukan elektronik; kemahiran (TVET) dan sukan eletronik; dan pembinaan kerjaya dalam sukan elektronik khususnya pasca Covid-19 Sejak lebih dua tahun komuniti sukan elektronik yang merupakan salah satu […]
SETIAUSAHA AGUNG MBM SANTUNI BELIA AKAR UMBI MAJLIS BELIA KELANTAN

BACHOK 6 Jun – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun meneruskan agenda MBM menyantuni persatuan belia akar umbi bersama kepimpinan Majlis Belia Kelantan (MBK) di bawah Sdr. Hafizul Nizam. Banyak isu semasa dan belia dibincangkan, percambahan ilmu dan beberapa perkongsian Idea untuk belia Kelantan dan masyarakat setempat. Turut serta dalam pertemuan […]
SESI SUMBANG IDEA DAN GERAK KERJA SEMPENA PAKEJ PEMULIHAN EKONOMI

PUTRAJAYA 3 Jun – Jawatankuasa Tindakan Ekonomi Majlis Belia Malaysia (JAKTEM) telah mengadakan sesi sumbang idea dan gerak kerja bersama Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Belia dan Sukan, Encik Saiful Azhar Shaharun bagi menangani isu ekonomi belia dan menyumbang input sempena pakej pemulihan ekonomi yang bakal diumum Kerajaan sedikit masa lagi.