#KINDNESSMONTHBYJUNIORMBM – JULAI

RAWANG 9 Julai – Serahan kad penghargaan kepada Cikgu Rosida sempena #kindnessmonthbyjuniormbm yang dijalankan oleh Ketua Junior MBM, Sdr. Azman bersama rakan-rakannya di SMK Taman Desa, Rawang. Terima Kasih Cikgu!
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KHAS KURSUS PENTADBIRAN DAN KEPIMPINAN ALUMNI MFLS

PUTRAJAYA 9 Julai – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM telah menghadiri mesyuarat penyelarasan Program Khas Kursus Pentadbiran dan Kepimpinan Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS) di Menara KBS. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Abu Zarin Abu Hasan, Penolong Pengarah Kanan Kluster […]
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DARI PIHAK INDUSTRI BAGI PROGRAM KERJASAMA MBM, CEO@FACULTY PROGRAM FEM & FP UPM

KUALA LUMPUR 8 Julai – Tabung Relawan Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah menerima sumbangan dana dari syarikat korporat Malaysia Takaful Association (MTA) bertempat di Hotel Majestic di sini. Replika cek disampaikan Encik Muhammad Fikri Mohamad Rawi, Pengerusi MTA merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Sun Life Malaysia Takaful Berhad kepada Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha. […]
KUNJUNG HORMAT KOMITE PEMUDA NASIONAL INDONESIA CAWANGAN MALAYSIA KEPADA MAJLIS BELIA MALAYSIA

KUALA LUMPUR 8 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan hormat daripada Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) cawangan Malaysia bertempat di Wisma MBM. Kunjung ini diketuai oleh Tengku Adnan, Pengerusi KNPI cawangan Malaysia. Ketibaan rombongan disambut oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM bersama Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Naib Presiden MBM, Sdr. […]