SESI BUAL SANTAI PRESIDEN MBM BERSAMA PIMPINAN MBD SEREMBAN

SEREMBAN 6 Julai – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mengadakan sesi bual santai bersama pimpinan Majlis Belia Daerah (MBD) Seremban membincangkan perkembangan dan cabaran semasa MBD.
KEPENTINGAN BUDAYA DAN WARISAN BENTUK JATI DIRI DAN IDENTITI BELIA

SERI MERANTI 4 Julai – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha dijemput meninjau projek Balai Adab bagi memulihara warisan dan kebudayaan setempat. Sdr. Jufitri juga sempat memberikan sepatah dua kata tentang kepentingan budaya dan warisan bagi membentuk jati diri dan identiti belia. Ini kerana Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan adat […]
PERTEMUAN SANTAI BERSAMA PIMPINAN ABIM PUSAT

NILAI 1 Julai – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) berkesempatan mengadakan pertemuan santai bersama pimpinan ABIM Pusat bagi membincangkan perkembangan aktiviti dan aktivisme ABIM. ABIM adalah antara organisasi belia yang bergabung di bawah payung MBM sejak awal penubuhannya. ABIM merupakan badan gabungan MBM yang aktif memperjuangkan agenda masyarakat Islam khususnya golongan belia.
KEPIMPINAN MBM ZIARAHI KELUARGA ALLAHYARHAM DR. MOHAMAD ROZI HASSAN

KUANTAN 1 Julai – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai YB Mohd Syahbuddin Hashim, Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Timbalan Presiden MBM, Sdr Mohd Hakimi dan Sdr. Iqmal Mahadi, Exco MBM telah menziarahi keluarga Allahyarham Dr. Mohamad Rozi Hassan, abang kepada mantan Ketua Penerangan MBM, Sdr Rizan Hassan. Sdr. Fadzli turut menyampaikan sedikit […]