MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM MERAPATI PELBAGAI KELOMPOK ANAK MUDA

IPOH 18 Julai – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersarapan pagi dan beramah mesra dengan persatuan Pemuda Negara Negeri Perak. Ia merupakan tradisi MBM merapati pelbagai kelompok anak muda. Pertemuan ini merupakan siri rangka lawatan MBM menyantuni majlis belia negeri peringkat utara. Rombongan MBM diketuai Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha, Timbalan Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Rosidi […]

DIALOG MBM BERSAMA AHLI-AHLI GABUNGAN MBN PERAK

IPOH 17 Julai – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan dialog bersama ahli-ahli badan gabungan Majlis Belia Negeri Perak (MBN) dalam pelbagai isu. MBM dan MBN Perak telah sepakat menganjurkan Konvensyen Majlis Belia Daerah (MBD) SeMalaysia bagi memperkasakan MBD daripada aspek pentadbiran, ekonomi, pelapis dan strategi menarik belia ke dalam pergerakan belia.

MESYUARAT PENYELARASAN PENCAPAIAN MPBN

PUTRAJAYA 16 Julai – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin, Penolong Setiausaha Agung MBM telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Pencapaian Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bersama Kementerian Belia dan Sukan. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai usul MPBN yang akan diangkat tentang pemulihan dan pembangunan ekonomi belia.

KUNJUNGAN PRESIDEN MALAYSIA ASSOCIATION OF PROFESSIONAL TRAINERS AND COACHES (MAPTAC) KE MBM

KUALA LUMPUR 16 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan Encik Sunil Hasmukharay, Presiden Malaysia Association Of Professional Trainers and Coaches (MAPTaC). Lawatan beliau telah disambut oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM bersama Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM. Turut bersama dalam perbincangan melalui aplikasi zoom secara virtual, Sdr. Abu […]

Translate »