MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Insentif Program Pemacu Negara Bootcamp

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Kumpulan pertama seramai 70 orang belia daripada pelbagai segmen dan kumpulan telah mengikuti program Pemacu Negara Bootcamp anjuran Institut MASA atau Institut Masa Depan Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) di Hotel Premiera. Program ini dirangka khusus buat 100 kepada pemimpin muda terpilih seluruh Malaysia untuk mereka difahamkan mengenai agenda kemakmuran […]

Lawatan MBM ke Pejabat St. John Ambulans Malaysia

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden bersama Exco MBM iaitu Sdr. Mohamad Nazri Abdul Latiff, Sdr. Syed Osman Mohamed serta Sdri. Kavita Maheendran telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat St. John Ambulans Malaysia di Cheras. Kepimpinan MBM disambut oleh Dato’ Yeo Kim Thong, Ketua Turus (Gerakan) dan Sdr. […]

MBM menerima kunjung hormat daripada Rakan Siswa YADIM

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan hormat daripada Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang diketuai oleh Encik Mohammad Mirzan Abdul Majid, Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda Sektor Latihan dan Perkaderan (YADIM). Kunjungan hormat ini disambut oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM dan Sdr. […]

Mesyuarat pertama Panel Perunding dan Pencegahan Rasuah (PPPR)

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) menghadiri mesyuarat pertama Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) yang dipengerusikah oleh Tan Sri Borhan Dolah, Mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Presiden turut mengutarakan beberapa pandangan dan cadangan dalam menggerakkan inisiatif pendedahan pencegahan rasuah dalam kalangan generasi muda.

Translate »