MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Khas Mohon Geran Antarabangsa

PETALING JAYA 9 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Pendidikan telah menganjurkan Bengkel Menulis Proposal untuk Geran Antarabangsa bertempat di premis Lokacipta@PJ. Bengkel ini dikendalikan oleh YB Senator Yusmadi Yusoff, Pengerusi Kaukus Dewan Negara. Beliau berkongsi pengalaman mengenai hal ehwal antarabangsa dan dasar awam yang boleh diambil peluang oleh pemimpin-pemimpin belia. Banyak yayasan, […]

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penilai Modul i-LEAD

PUTRAJAYA 8 Oktober – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penilai Modul i-LEAD. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Nizam Haji Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan) Institut Pembangunan dan Kecermerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai modul-modul yang akan digunapakai […]

Perbincangan kerjasama di antara MBM dan Arkib Negara

KUALA LUMPUR 7 Oktober – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri perbincangan bersama Encik Afham dan pegawai Arkib Negara Malaysia bertempat di Arkib Negara Jalan Duta. Antara perkara dibincangkan adalah mengenai program jalinan kerjasama yang akan diadakan nanti.

Perbincangan MBM bersama anak muda sektor hartanah

KUALA LUMPUR 7 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan kerjasama bersama kelompok anak muda yang terlibat dalam sektor hartanah (Prototal Consultation) bagi melatih anak muda terlibat dalam sektor ini. Ini merupakan usaha berterusan MBM dalam menangani isu pengangguran dan kemelesetan ekonomi anak muda dengan melatih mereka dengan kemahiran spesifik untuk […]

Translate »