MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertemuan Presiden MBM bersama Presiden WAY

AYER KEROH 11 Oktober – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mengadakan pertemuan bersama Presiden World Assembly of Youth (WAY) Datuk Seri Utama Idris Haron berkaitan perkembangan WAY dan persiapan mesyuarat agung pemilihan yang masih lagi terpaksa ditangguhkan disebabkan Covid-19. Datuk Seri Utama Idris dijangka tidak mempertahankan jawatan Presiden WAY dan menyerahkan mandat kepada […]

Sukarelawan Majlis Belia Sabah agih pek makanan dan air minuman kepada mangsa banjir

KOTA BELUD 10 Oktober – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Azuwan Marjan bersama sukarelawan Majlis Belia Sabah (MBS) telah mengagihkan air minuman dan pek makanan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Kota Belud di rumah mereka, selepas selesai banjir. Mereka adalah sebahagian daripada keluarga yang yang telah pulang dari pusat pemindahan sementara ke rumah […]

Program #BeliaPrihatin di SMK Taman Desa

9 Oktober – Pasukan Junior MBM seramai 20 orang telah menyertai dan sama-sama menjayakan program #BeliaPrihatin di SMK Taman Desa. Sebanyak 23 kotak makanan dan sabun cuci tangan telah disumbangkan kepada mereka yang memerlukan pada dalam tempoh Covid-19 ini untuk kegunaan warga sekolah terbabit. Program ini diketuai olah Adik Azman Ahzim, Ketua Junior MBM.

Kunjungan Syarikat Nova Spectra Energy bincang peluang kerjasama pintar

KUALA LUMPUR 9 Oktober – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan wakil syarikat Nova Spectra Energy bertempat di Wisma MBM membincangkan peluang kerjasama pintar bagi membiayai program-program pembangunan belia. Syarikat ini memfokuskan kepada tenaga boleh diperbaharui yang dijangka penting beberapa tahun mendatang sehingga mencapai 20% daripada keseluruhan tenaga. Polisi tenaganya adalah memaksimakan penjanaan […]

Translate »