MBM Turun Program Apa Khabar Belia Sabah

Sabah | 20 September – Ziarah Prihatin Sempena Program Apa Khabar Belia yang dijalankan di Surau Raudhatul Jannah Taman Sri Keramat Kota Kinabalu Sabah. Program dianjurkan oleh Majlis Belia Sabah (MBS) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM). Turut bersama ialah Persatuan Skuad Komuniti Prihatin Sabah yang diketuai oleh Encik Mohd Taufik Ismail. MBM telah diwakili […]
Mesyuarat Penaja Majlis Belia OKU Malaysia

KUALA LUMPUR 19 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diwakili oleh Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Majlis Belia OKU MALAYSIA yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa. Mesyuarat ini diadakan secara fizikal dan atas talian dengan mengumpulkan 20 pemimpin Belia OKU daripada pelbagai kategori ketidakupayaan. Pelbagai agenda telah dibincangkan seperti […]
Pertemuan MBM bersama belia Kampung Sembirai Enderio, Kota Belud

KOTA KINABALU 19 September – Sdr. Azuwan Marjan, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Iqmal Mahadi, Exco MBM telah mengadakan pertemuan bersama belia-belia Kampung Sembirai Enderio, Kota Belud Sabah. Pertemuan diadakan bagi mendengar pandangan belia di kawasan luar bandar untuk diangkat sebagai perhatian MBM dan dibawa kepada pihak berkenaan. Selain itu, pelbagai perkara […]
Slot Khas Pengurusan Organisasi Dalam Kursus Pengurusan Dan Pentadbiran Angkatan Alumni Malaysia Future Leader School (MFLS)

KUALA KANGSAR 19 September – Pihak Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) telah menjemput Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk menyampaikan slot khas pengurusan organisasi dalam Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Angkatan Alumni Malaysia Future Leader School. Slot yang disampaikan oleh pihak MBM meliputi kemahiran surat-menyurat, penulisan kertas kerja, penyediaan laporan rasmi, pengendalian mesyuarat dengan tambahan falsafah […]