Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MBM secara dalam talian (online)

KUALA LUMPUR 16 April – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kanan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diadakan secara dalam talian (online). Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha membincangkan agenda pembangunan belia dan program-program terdekat MBM.
Taklimat Penerangan Skim Perantisan Nasional dan FELO NGO kepada Setiausaha Badan-badan Gabungan MBM

PUTRAJAYA 15 April – Sesi Taklimat Penerangan Skim Perantisan Nasional (SPN) dan FELO NGO kepada Setiausaha-setiausaha Badan-badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diadakan secara dalam talian. Sesi ini dipengerusikan oleh Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah bersama panel yang terlibat iaitu Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan […]
MBM dilantik sebagai Agen Basmi Covid-19 (ABC-19) NADMA

PUTRAJAYA 15 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dilantik sebagai salah satu Agen Basmi Covid-19 (ABC-19) di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Hanif telah hadir mewakili MBM menerima watikah pelantikan tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pengarah NADMA. ABC-19 merupakan inisatif NADMA dengan kerjasama NGO dalam memantau dan mendidik […]
Majlis Sambutan Tahun Baharu Tamil

KUALA LUMPUR 14 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenuhi undangan Presiden Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO) Sdr. Arunkumar Chengoden ke majlis sambutan Tahun Baharu Tamil. Ia dianjurkan gabungan organisasi Hindu dan Tamil yang diketuai oleh Malaysia Hindu Sangam dan turut disertai HYO. Majlis disempurnakan oleh Datuk Seri M Saravanan, Menteri Sumber Manusia. […]